Homeschool Day 3 - Number 1-4, Sight Words

Hari ni aku fokus dengan nombor 1-4 pada Hana and ajar sight words pertama: A.

Hana dah boleh baca phonics -ab, -ad, -ag, -am, -an, -ap, -ar, -at, -aw dan -ay PASTU BARU AKU INGAT YANG AKU BELUM PERNAH AJAR DIA SIGHT WORDS LAGI.

Ha, kenapa aku siap capslock macam Azwan Ali? Sebab Sight Words tu penting lahhhhh macam mana aku boleh meraban ajar benda lain dulu adoyai!

Apa itu Sight Words? Dalam bahasa mudah, perkataan yang selalu naik bila baca buku. Untuk baya Hana, 4 tahun, kena hafal at least 20 sight words. Bila tengok je perkataan tu kat buku, terus tau perkataan apa tu. Takyah nak susah-susah cuba baca guna phonics bagai. Itu Sight Words. Contoh Sight Words: I, Me, My, He, Who, The dan lain-lain lagi la. Nak tau lebih lanjut, boleh google wkwkckck.


Okay, kelas mula lambat skit sebab aku nak mandi manda dulu, tapi dua orang ni dah sedia tunggu dalam kelas dengan muka judging cikgu datang lambat.



Kelas dimulakan dengan tarian parti liar "Chuchu TV Numbers Song" sebagai pemanas badan.


Kelihatan Hana lupa diri yang dia tengah kelas. Japgi baru dia tau erti penyesalan.

Lepas menari, aku mulakan kelas dengan mengajar Sight Words "a". Pastu tunjuk la contoh perkataan tu digunakan dari buku-buku yang ada untuk bagi dia nampak "a" tu yang mana. Lepas ulang berkali-kali, aku mintak dia guna clay and buat perkataan "a" tu supaya benda tu dia lebih ingat. Pastu aku suruh dia tulis "a" berkali-kali juga.



Habis tulis "a", dia mintak nak warnakan perkataan tu so aku pun ok je la.


Next, Matematik. Aku bagi dia buat buku Kumon yang aku beli di Shopee. 


Habis buat soalan secebis cuma kat buku Kumon tu, aku bagi dia worksheet yang aku search sendiri di internet. Dia kena gunting dulu gambar buah-buahan tu pastu lekat dalam row masing-masing and kira which one has the most fruits and mana yang paling kurang buah. Aku sengaja print dua jenis gambar: buah dan topi. 


Habis je aktiviti gunting lekat dan mengira, aku bagi 4 helai worksheet. Dia kena tulis 1-4 sejuta kali. Sampai nombor 4 dia dah malas dah tapi aku paksa jugak la dia habiskan wkwkwk. 


Last but not least, aku bagi dia gambar orang kepala botak and suruh dia lukis 4 helai rambut sebagai penutup majlis. Hana insist nak lukis BRAID aku pun macam lantak hang lah lukis la cepat aku dah tak larat ni hahahhaha! Tengok-tengok dia tak tau pun nak lukis rambut braid. Lepas kena tempik dengan aku, ha baru dia lukis rambut lurus 4 helai LOL!

(BTW, aku laminate gambar orang botak tu sebab nak guna lagi di masa depan bila Hana kena lukis rambut lebih banyak pasni).


Worksheet yang aku gunakan untuk pembelajaran hari ini adalah dari:

www.education.com
www.worksheetfun.com







No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!