Homeschool Day 7 - Angry, Happy, Sad Face

Hari ni aku nak ajar Hana mengenai emosi tapi sebelum apa-apa pun, kelas hari ni dimulakan dengan doa penerang hati. Lama dah belajar, tapi lupa baca doa semedang. Ni baru teringat nak ajar wkwkwkw #maktakguna

Lagu pilihan untuk sesi menari hari ni adalah lagu Can You Make a Happy Face? Dari Super Simple Songs kat Youtube


Sambil dengar lagu, Hana kena buat mimik muka ikut lagu tu.


Atas, angry face, happy face dan last sekali sad face


Angry face, happy face, dengan sad face, versi Lisa.



Hana belajar Sight Words "My" hari ni. Instead of gentel clay atas perkataan "my" yang besar tu, Hana request nak warnakan so aku pun layankan je lah. 

Worksheet Sight Words ni kebanyakannya aku ambik di website:


For those yang follow aku di IG, rata2 dah tau yang Hana sebenarnya secara magikal, boleh membaca dah secara rasmi, semalam, lepas aku bagi main game Sight Words kat website www.education.com



Mana tak magik nye, hari Ahad main game, Isnin dah boleh membaca. Magik la tu! Lama gila kot aku ajar dia phonics hahahah! So apa yang aku buat sekarang adalah untuk kukuhkan lagi ingatan dia pada Sight Words.

Bagi korang yang nak try ajar anak korang Sight Words secara tradisional (guna kertas atau kad), aku syorkan ikut jadual di atas. Sebulan ajar 14 perkataan untuk dia ingat. Good luck mommies!

 Kelas berakhir dengan Hana perlu trace muka kartun yang ada emosi marah, sedih, happy dan terkezut, pastu kat kotak last dia kena lukis sendiri.



Hasil seni taraf picasso dari Hana. Sekian, terima kasih, semoga post ini membawa manfaat pada semua. Amin...



No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!