Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-Tiga!

22 Disember 2015 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami untuk tahun ketiga!

Tak sambut sangat pun sebab dah bertiga... sibuk! penat! kalut! haha!

Pagi2 lagi Shakir seperti biasa, bangun awal untuk buat sarapan. Cuma hari ni special, so dia bawak naik ke bilik la.. makan lah kami bersama2 sambil cakap perlahan2 sebab tak nak Hana terbangun. 


Hadiah? Aku belikan Shakir Top Gear merchandise dan 2 helai tshirt.


Shakir plak belikan aku ...



O yeah.... come to Mummy!

Nintendo 3DS XL yang Shakir beli untuk birthday aku 2013 dah dicuri orang.. Kebetulan cartridge game ni ada dalam console tu so babai lah jugak. Memandangkan aku nak beli N3DS XL, dia belikan aku game ni lah sebab either way, aku akan beli jugak sebab aku rindu gila nak main game ni!

Tu je rumusan untuk hari itu. LOL!

Impian aku nak dinner kat hotel makan wagyu tak kesampaian sebab malam tu aku tido awal kepenatan jaga Hana di siang hari haha!


Dengan kedatangan insan ketiga, memang rasa malas dah nak buat benda2 lain. Rasa tak perlu, tak penting. Tapi syukur lah selain dari tu, takde apa yang berubah. Kasih sayang masih utuh mekar di taman hati macam mula2 kawin dulu. Syukurlah benda2 yang romantik dan sweet itu tidaklah cuma lakonan semata2. 

Semoga tahun depan akan lebih membawa makna dan sejuta pengertian. Amin...





No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!