Homeschool Day 4 - Hangry Caterpillar

Shakir tak ada, pergi KL atas urusan kerja. Jadi maksudnya apa tuan2 dan puan2? Ya, tiada sarapan pagi dari dapur hahahah! Pagi2 memang dia yang buat sarapan. Kami semua bangun pagi untuk makan sajo. Namun begitu, mestilah semua orang kena mulakan hari dengan makanan juga ye dak. Takkan nak belajar perut kosong? So, cara paling mudah adalah dengan makan cereal.


Habis sarapan, kelas dimulakan dengan sesi menari dengan lagu Butterfly dari Mothergoose Club. Hana macam biasa la menari sakan. Lisa plak menari pusing-pusing macam rama-rama yang putus sayapnya wkwkwk. 


Lepas habis menari, aku bacakan buku mengenai life cycle rama-rama. Ya hari ni tema kami adalah rama-rama.


Lepas baca buku, aku pasang video clip pendek mengenai life cycle rama-rama juga. Lisa dan Hana tengok dengan tekun. Lisa je kejap2 menari pusing2 sebab tak move on lagi dari video clip lagu tadi.


Selepas tengok video pendek untuk pemahaman yang lebih jitu, aku bagi Hana worksheet lah untuk uji pemahaman dia dengan apa yang aku dah buat tadi. Worksheet ni Hana kena gunting and lekat. Worksheet mengenai life cycle rama-rama.



Lepastu aku bagi dia worksheet matematik and berkisar mengenai rama-rama juga. Ada part mengira dan suai padan dengan gambarajah, pastu ada tracing, mengira dan kemudian lukis sendiri badan caterpillar ikut imaginasi Hana.



Habis je kerja matematik, aku bagi dia rehat2 sikit la dengan aktiviti kerastangan (craft la lol). Susun beads macam dalam gambar contoh yang diberikan. Aku beli kat Mr DIY depan rumah je. Easy peasy.  Aktiviti ni la makan masa paling lama sebenarnya sebab dia punya belek nak letak beads satu2 tu, sampai 100 tahun lamanya.



Lisa time ni aku bagi dia aktiviti jugak. Aku bagi dia main dengan sticker butterfly. Memang dia suka la and acah2 macam dia punya pet pulak haha! 


So, overall, aku puas hati la dengan aktiviti kitorang hari ni. Semuanya nampak enjoy, tua muda miskin dan kaya. 

Main source: www.education.com











2 comments

  1. Salam koktan, first things first thankyou for documenting hana's homeschooling. Terus saya inspired nak buat for my daughter too. May i ask hana dah tak pergi playschool ke? Selalu tengok igs hana pergi school pagi pagi. May i ask at what age did you started to send her to playschool cos anak saya baru 2 tahun but am thinking of sending her at the age of 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Hana berhenti sekejap sampai asian mom dia puas hati dengan prestasi dia. Sbnrnya dah aim nak bg hana membaca umur 4 thn tp ni dah setengah tahun dah, xnmpk progress memberansangkan, so aku pk nak ajar sendiri aje la kat rumah. Hana first time pegi playschool masa dia umur 3 thn tp tu pun pegi beberapa bulan je sbb bila Lisa keluar, Hana stop pegi skolah sebab tak nak hana bawak balik penyakit balik ke adik dia.

      Delete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!