Pengalaman Menginap di Container Hotel, Kuala Lumpur

Bagi yang kenal aku mesti tau kami satu family selalu travel baik atas urusan kerja (menyibuk je ikut Shakir) atau urusan peribadi, jalan-jalan cuti-cuti. Purata setiap bulan, tido hotel paling kurang 2 hari. "Tipu lah last month dok je terperuk kat Bintulu tu tak pegi memana"...Purata k, purata.

Bila dah selalu sangat ko tido hotel, ko akan mendapati semua hotel lebih kurang sama je skemanya. So ko akan mula bosan dan cuba mencari kelainan. Maka dengan itu lah kami terjebak untuk menginap di hotel kontena ini.







Masa mula-mula kami bagitau family yang kami nak bermalam di hotel kontena, dorang agak skeptikal la sebab nama pun kontena kan. So dok bayang kontena macam orang pembinaan duduk tu haha. Tapi takpe, husnuzon. Tengok gambar-gambar dalam website diorang (https://chgworld.com/kl.html) macam menarik je. Rate satu malam pun tak sampai RM150 untuk deluxe room. So kita redah je.

Ni dia punya amenities yang ada untuk deluxe room:

ROOM AMENITIES
EN-SUITE BATHROOM
QUEEN SIZE BED
CABINET WITH DIGITAL LOCK
TV WITH SATELLITE CHANNELS
HAIR DRYER
IRON & IRON BOARD
DRINKING WATER
READING LAMPS
COMPLIMENTARY WI-FI
CLOTHES HANGER
SLIPPERS
TOILETRIES

Iron dengan iron board, boleh call untuk mintak time nak guna. BREAKFAST INCLUDED untuk dua orang. Menarik kan?

Kat mana hotel ni?

Hotel kontena ni terletak memang kat tengah-tengah KL. Nak senang, dia kat area belakang Technip. 


Kami sampai masa tu malam. So macam agak dodgy jugak la area tu tapi situ ada restoran arab dengan kelab malam.


Malam yang sunyi nyi nyi, pak mat jual megi gi gi... Senyap sunyi sepi macam takde siapa-siapa di sini.. Pintu dia secure la. Kena check in, dapat kad, scan, baru boleh bukak.







Kat mana nak check in? Haaaaa kat staff yang duduk dalam kereta kebal! Cool tak cool la kan! wkwwkkwk


Ni pulak lepas kami check in... Kami punya bilik kat tingkat 2 (semua ada3 tingkat tak silap aku). Saja ambik tingkat 2 sebab tak nak bertentang mata dengan jiran yang duduk dalam kelong (suite lain) kat belakang bilik kontena. Kalau korang dok tingkap 1, bukak tingkap je nampak la suite yang kelong tu. Bilik kami yang kedua dari hujung.





Ni pulak dalam bilik. Lelaju la aku tangkap gambar sebelum budak-budak ni melenjan melompat merata-rata. Bukak pintu je, nampak katil di depan mata.





Nampak gambar bawah ni, ada macam compartment kayu bawah cup plastik kopi aku tu. Nampak tak? Ha tu dia punya safety box. Memang buat dari kayu. Tapi nak bukak box tu pun kena scan kad bilik. Cool siot untuk hotel satu malam kurang dari RM150 haha.


Ni pulak dia punya bilik air. Jangan risau, ada air panas. Water heater jenis dalam dinding.


Ni gambar yang ditangkap esoknya. Kawasan ni adalah lounge hotel. Boleh breakfast kat situ. Nak bawak masuk bilik pun boleh. Breakfast dia guna sistem kupon. Time check in, ko dapat 2 kupon. Esoknya ko bawak kupon tu bagi kat staff dalam kantin bertentangan dengan kete kebal. Nanti baru dia prepare breakfast. Bagus cara ni bagi pendapat aku sebab dia boleh prepare bila perlu je. Takde la membazir makanan ye dak? Owh, air kena beli. So kalau nak jimat, bawak la air sendiri.


Ni pemandangan dari tingkat aku stay. Sebenarnya ada ramai je lagi breakfast time tu. Rata-rata aku tengok adalah orang muda yang travel dalam group kecik and kapel. Kami je kot family HAHAHAH! Tapi takpe la anak-anak aku bukan jenis buat bising wkwkkw


Ni rupa paras breakfastnya. Very basic tapi lengkap la bagi aku. Suprisingly juga, sedap. Hmmm...




Ni pulak gambar dari tempat kami breakfast. Nampak tu ada 3 tingkat kontena yang ditindan semuanya.



Hana suka la ada basikal ni boleh dia main loceng basikal. Aku pun tumpang la sekaki tangkap gambar. Jangan risau, beskal tu dah kena skru kat lantai wkwkkwkw. Oh, belakang basikal tu lah lounge.


Parking? Ha, ni salah satu sebab kami sudi nak try hotel ni. Sebab tempat parking disediakan. Breakfast ada, tempat parking ada, murah, apa lagi yang anda mahu?


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.






















2 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!