Pengalaman pertama buat rumah terbuka raya


Tajuk tu sebenarnya panjang lagi. Tajuk yang sebenarnya adalah "Pengalaman pertama buat rumah terbuka raya bersama anak kecil berumur 4 bulan". 

Cite dia bermula pada suatu hari kerja, di office, ada sorang kawan Shakir nak datang rumah kami time weekend tu nak jumpa Hana. Pastu Shakir dapat idea "Why not kita buat makan2 je terus alang2 dah orang nak datang rumah". Aku cakap ok tapi dengan syarat, dia jaga Hana time aku masak.

Plan asal adalah pada hari Sabtu pastu tukar ke hari Ahad sebab malam Sabtu tu ada jamuan raya kampeni Shakir. So aku pikir takpelah, hari Sabtu tu kami gunakan untuk beli barang masak and kemas rumah.

First time nak buat makan2 kat rumah, banyak jugak yang kena beli. Beli karpet baru sebagai tambahan untuk tetamu duduk, beli periuk yang lebih besar, beli tong air, beli cawan dan pinggan kertas, dan lain2 lagi lah. 

Menjelang pagi Ahad tu, lepas Subuh aku turun lah bawah bersiap2 nak masak. Masa tu rumah takde la kemas mana pun. 


See, meja pun selerak lagi sebab aku guna untuk potong2 bawang bagai. 

Ditakdirkan Shakir kena masuk office la plak pagi tu. So aku kena jaga Hana plus masak. Jamuan start pukul 11 pagi dan aku ada masa beberapa jam sahaja untuk masak 5 jenis masakan. 


Hana teman aku di dapur sepanjang masa aku masak mi goreng. Dia tengah buat muka impressed tu tengok mak dia bersilat kat dapur.

Tak lama kemudian, cabaran sebenar pun bermula... 
Hana berak. Banyak gila. Banyak sampai bila aku dukung dia nak basuh bontot dia kat bilik air tingkat atas, siap terkeluar kat depan. Hahhaha!

Lepas cebokkan dia, kena mandikan dia, pastu bagi dia main. Aku masih perlu buat at least 4 hidangan time tu. Baru siap buat mi goreng. 


Sambil layan dia main, sambil bersilat di dapur. Pastu dia nak tido plak..


Macam biasa, bila dia nak tido aku kena dodoikan dia dengan suara aku yang merdu ni, pastu kena bertentang mata dengan dia, main2 mata dengan dia sambil berbalas senyuman dengan dia sampailah dia tertidur. 

Pastu baru aku boleh sambung masak. 

Shakir call around pukul 9 pagi bagitau dia dah otw balik and tanya ada apa-apa lagi tak yang kurang yang perlu dibeli. Aku pun bagi la list sikit. Sampai je dia di rumah, dia pun tolong cuci laman rumah, vacuum ruang tamu, cuci tandas dan cuci ruang belakang rumah just in case orang nak intai2 belakang rumah haha!

Alhamdulillah by the time pukul 11 pagi, aku dah boleh menarik nafas lega. 




Makanan dah siap beratur atas meja. Shakir tolong kemaskan lagi apa yang perlu dikemas sementara aku nak gi mandi dan bersiap2 untuk sambut orang datang. 



Hana dah bangun dan time ni and aku terpaksa bawak dia ke tingkat atas jugak untuk teman aku bersiap2 sebab dia memang tak nak kat sesiapa pun termasuk bapak dia ok. 



Lepas bersiap2, selfie dulu sedas dua bersama Hanabanana 


Tak lama kemudian datang pula Kak Mira and family yang tinggal selang beberapa lorong je dengan kami bawak makanan tambahan untuk jamuan kami. Sementara tunggu tetamu datang, Hana dengan anak2 Kak Mira layan Baymax




And apa terjadi selepas tu adalah sejarah...

Orang datang ramai, lebih ramai dari jangkaan pastu dah dekat2 pukul 2 petang, makanan banyak dah habis so tak cukup pastu aku kena sambung bersilat kat dapur so aku takde masa pun nak tangkap gambar tetamu yang datang hahaha. Hana plak pandai berpura2 baik dengan orang itu, orang ini, so time orang jaga aku dok kat dapur lah. 

Habis je jamuan around 2.30 macam tu, aku dah kepenatan. Lepak atas sofa melepet dengan Hana. 

Adalah aku serik lepas ni? Nope. In fact, aku rasa nak buat makan2 macam ni every month, boleh? Haha! Aku seronok masak and seronok tengok orang makan masakan aku. Walaupun penat, aku rasa beban aku kurang banyak sebab bukan aku sorang saja yang buat kerja dalam rumah ni. Lepas habis jamuan, rumah kembali seperti biasa macam takde apa pun jadi sebab semuanya sudah siap dikemas oleh Shakir. Kalau dia tak tolong aku kemas, memang ini lah first and last time aku buat makan-makan okay!

Aku jugak berterima kasih pada Reen, officemate Shakir yang tolong cuci pinggan sebelum balik. Hani yang tolong dukung Hana. Anak2 kecik yang datang plak semuanya very well behaved okay! Takde sebarang pertumpahan makanan atau darah berlaku padahal macam2 diorang makan. Aiskrim lah, kek lah, minum air lagi. Bagusnyaaaa! Terima kasih korang! 

Malam tu masing2 rileks je lah tengok Game of Thrones sambil makan pizza. Pastu kejap2 sembang pasal betapa ramainya orang siang tadi and aku plak ralat tak masak lagi satu hidangan. LOL! 

So next time, tunggu raya haji plak la kot. Harap2 time tu pun Hana baik2 sajalah. Namo nakal2 k haha! 



3 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!