Shit My Husband Says #3

Aku mula berniaga barang2 dari Jepun dengan modal sebanyak 30 ribu yen, pinjam dari Shakir. Masa tu nilai dia lebih kurang RM1200 lah. Duit tu guna untuk beli sampul, sticker untuk dijadikan label alamat dan jugak barang jualan. Untung bulan pertama aku buat bayar hutang dia 10 ribu yen. Bulan kedua aku bayar another 20 ribu yen dan aku jugak beli printer untuk memudahkan kerja aku print alamat customers, senarai harga dan bil untuk aku simpan. 

Shakir memang memula tak bagi aku beli printer awal2 sebab katanya bagi aku stabil dulu kewangan, baru beli. Tapi aku ni degil, aku nak jugak, nak jugak, macam monyet yang makan cili walaupun telah ditegah sang kancil. Selepas dia tengok betapa persistent nya aku (masa tu baru kawin so dia tak tau yang aku ni kalau nak beli APA pun memang persistent) dia cakap boleh beli... tapi tunggu weekend.

Aku punya la tak sabar, aku sanggup pergi beli sorang2 sebab kalau nak tunggu shakir, weekend tu terasa beribu tahun lamanya lagi.  So balik lah aku naik train sambil mengusung kotak yang besar dan berat dari Yodobashi Camera Yokohama sampai ke Sakuragicho (time tu dok apartment B-Site). Printer yang aku beli ni memang canggih la sebab boleh airprint kan.. tanpa wayar.. boleh print di mana jua walaupun ketika berada di dalam jamban. 

Aku malas nak set up sendiri so aku tunggu dia balik kerja dan tolong aku malam tu... Selepas berjaya set up benda alah tu disamping manual bahasa jepun yang kami dua orang tak paham, Shakir pun taip sesuatu kat word dan print lah sehelai test page. 

Pastu dia suruh aku pergi amik. 

Aku sebagai seorang isteri yang taat, pergi lah amik dengan hati yang teruja sebab printer dah boleh guna! AIRPRINT TUUUUUUU!

Namun begitu, kegembiraan ku bertukar pilu setelah melihat semua ini..






9 comments

  1. Salam kak intan haha...lama gak tak baca akaj tulis. ingat lagi masa layan lovedoveedooo ngan kawan2 dulu. btw have a nice day n lovely time with abg shakir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Haha time belajar dulu ke? Skrg dah keje? Thank you for the wish!

      Delete
    2. yup2..otw keje...mgu dpan keje..skola pedalaman + anak orang asli + ho3 syioookk !!!

      Delete
    3. Bagus lah weih! pengalaman baru dalam hidup untuk diceritakan pada anak cucu dan kawan2 nanti. Selamat mengajar! Jd cikgu yang pandai mendidik bukan mengajar saja tau! eceh

      Delete
  2. I have a very good laugh at the end. Thank you.

    ReplyDelete
  3. I want moreeee.. I want moreee.. hahahaha. update bebanyaaaak pls..

    ReplyDelete
  4. hahahahaha lawak gila.... u make my dayyyyyyyyyyyy! hahahahaha

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!