Shit My Husband Says #2

Salah satu usaha untuk memenangi hati suami ialah dengan memakai pakaian yang indah2 dan menjolok mata di rumah.  Ada suami yang turn on tengok bini dia berbaju kurung, ada suami yang turn on tengok bini dia pakai sari, ada jugak yang turn on tengok bini dia pakai daun pisang dan macam2 lagi lah yang terlintas dek imaginasi deme. Ikut taste suami memasing la kan... 

Lagipun, masa bila lagi nak mengorat dia? Masa dia dengan kita terhad cuma selepas waktu pejabat. Sepanjang perjalanan dia ke tempat kerja dan di tempat kerja, dia dah dihidangkan dengan pemandangan haram yang ditontonkan oleh wanita2 lain so time dia kat rumah, kita bagi dia pemandangan yang halal yang mana you will get what you see! Bahahahha! (Ye lah tu. Tipu besar siot.)

 Lagipun bagi aku, kosser la kat luar kena tutup litup, kat rumah nak ghupe macam makcik2 okay. Biar di luar macam hantu kum-kum asalkan di rumah macam Beyoncé! That's the spirit girl!

Sedang aku feeling2 bootylicious di ruang tamu, Shakir tengok aku sambil sengih2. Aku dah dapat rasa suatu musibah akan terjadi.

"Nape pandang2?"

"Bila you beli baju ni?"

"Ntah, tak ingat. Lama dah. Nape?"

"You nak pergi clubbing ke?"

Mkay...




7 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!