42 hari lagi...

Alhamdulillah, sesungguhnya, pada usia 28 tahun ni aku hampir berjaya mencapai cita-cita hidup aku iaitu menjadi seorang isteri dan suri rumah. 42 hari lagi...Insyaallah.

Last week, 2 November 2012, adalah merupakan hari terakhir aku bekerja di Albukhary International University selepas menghantar surat letak jawatan pada bulan Ogos. Lepas hantar surat tu, hari-hari pergi keje takde mood siak. Dalam otak pikir nak berenti keje cepat dan nak kawin. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati aku bila akhirnya 2 Nov tiba jugak! MIAHAHAHH! Insyaallah, itu adalah kampeni terakhir aku bekerja dan kalau pasni aku keje pun, aku adalah bosnye. Insyaallah :)

So sekarang aku berada di rumah tokwan tercinta ku bersama-sama keluarga tercinta untuk enjoy dan memanjakan diri ku dengan mereka sebelum menjadi seorang isteri orang. Heaven siot...

Persiapan kawin? Ada.. tapi slow. Slow sebab majlis tak besar mana pun. Nak jemput around 500 orang je. Takde sanding sebab aku bukan agama Hindu. Photographer pun nak shoot and burn je sebab aku tak nampak di manakah kaitan antara gambar perkahwinan yang gempak dengan keharmonian rumah tangga aku kelak. Baju nikah pun tempah jahit tempat biasa-biasa je dan guna kain yang tak mahal pun. Just cukup nak bagi nampak ghupe pengantin cukup lah. Hantaran pun biasa-biasa je sebab tak rasa teringin nak try produk2 baru pun. Apa yang aku biasa pakai dan akan pakai, itu la yang aku letak atas dulang. Takde maknanya aku nak menunjuk2 kat orang betapa gahnya barang2 hantaran aku tapi pastu tak pakai.

42 hari lagi nak kawin tapi kad kawin sok baru leh gi tengok and finalize pastu baru diorang akan print out 500 keping.. Btw, kad kawin pun aku wat yang murah je (bwh 50sen walaupun untuk 500 keping termasuk sampul) sebab aku tau last sekali kad kawin aku tu akan ke tong sampah jugak dan kalau orang tu baik hati, dia buang dalam recyle bin. Tapi takde la daif bebeno kad aku tu sampai macam fotostet atas kertas warna je kan. Kalau cenggitu gayanya, baik aku wat sendiri je kat rumah. Dapat gak aku design lawa2. 

Perhubungan jarak jauh sebanyak 5173km antara aku dengan bakal suami aku juga menyebabkan persiapan kawin kami sangat slow. Slow, tapi bergerak lancar lah. Setiap kali dia balik Malaysia, time tu la dia pergi buat HIV test, pastu isi borang kebenaran nikah, gi mintak sign, gi beli barang hantaran, beli cincin and memana yang sempat lah dalam masa beberapa hari. Syukur Alhamdulillah, semuanya bergerak sangat lancar sampaikan HIV test yang selalunya dapat result dalam 2 minggu pun dia leh dapat on the spot sebab kebetulan stock kit HIV test baru sampai. Semuanya dilakukan dalam masa 3 hari. Bayangkan. LOL! Pastu dia balik Jepun semula. Baju nikah dengan samping dia pun aku carikan sendiri kat sini.

Excited tak? Hmm... setakat ni tak excited mana pun sebab aku rasa cam lambat lagi. Maybe kalau tinggal lagi beberapa hari sebelum kawin, baru aku rasa kot. Or maybe aku sebenarnya excited nak jadi isteri orang tapi tak excited pun nak melaram pada hari perkahwinan. Maybe. Ye ah, aku kan takde dream wedding. Aku cuma ada dream marriage je. Bagus gak la bila takde dream wedding ni. Nak beli kain wat baju ke, nak beli barang hantaran ke, nak buat majlis ke, semuanya aku tak pikir lebih-lebih pun. Asalkan majlis berjalan sudah... yang penting, akad nikah.

Aku bersyukur lah ada family yang simple tak sibuk nak suruh wat majlis bertunang siap hantaran bagai. Kalau ikutkan aku, aku nak wat kenduri kesyukuran je. 20 dulang pun takde masalah. Mak aku on aje.  Aku bersyukur jugak bakal family mertua pun tak terlalu mengikut adat yang bukan2. Aku bersyukur jugak sebab bakal suami aku pun tak banyak kerenah. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.  




14 comments

  1. selamat menghitung hariii kakintanlevshak! tak sabaq nak tengok gambaq2 kawen. mesti meletopp nantiii. semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru..dia tggl 42 hari..kita ni tggl 4 hari lg..uwaaaaaa.. ;(

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak, semoga menjadi isteri yang cerdik nan solehah (cantik tu wajiblah kan)! Setuju sangat-sangat apa yang akak tulis pasal hal2 kahwin yang terlalu mengikut adat dan membebankan tu. Macam kita berkongsi fikiran lak ye tak? Semoga segalanya dipermudahkan dalam keberkatan.. sehingga ke syurga hendaknya. Ameen.

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH LEPSAK! semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan =)

    ReplyDelete
  5. Congrats.. Finally dpt berita gembira gak dr Intan. :)

    ReplyDelete
  6. Congrats wei. Kelab peminat manga fb jangan leave pulak. Hahaha. Selamat bersuami! Harap2 dia kaki manga jugak. :D

    ReplyDelete
  7. best wishes fren.

    lets doa semoga dipermudahkan segala urusan majlis ko ni nanti insyallah. Amin.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.semoga semuanya dipermudahkan, insya'allah.

    ReplyDelete
  9. tahniah! semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga kekal hingga akhir hayat.. amin.. =)

    ReplyDelete

  10. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete

  11. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah intan! moga-moga semua berjalan dengan lancar nanti. Asal kau happy..simple2 pon okey. Yang penting lepas kawin kann..

    weh, kita seumur.. tapi kau bakal mendirikan rumah tangga dulu. Aku doakan kau berbahagia sampai ke syurga. Amin Amin.

    All the best weh! :D

    ReplyDelete
  13. jelesnya..sy cita2 nak ade dream wedding mcm kak..tp hmmmm.

    walau bgaimanapun, tahniah! barakallah! :)

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!