Free Printable Weekly Preschool Planner

Hai korang!

Apa kabar ibu-ibu bapak-bapak sekalian!

Hari ni aku ada masa senggang sikit so aku buat weekly preschool planner ikut format yang aku guna sepanjang aku mengajar Hana di rumah. Dah lama aku nak kongsikan sebenarnya tapi takde masa huhu. Hopefully masih belum terlambat untuk dimanfaatkan bersama ye.


Sebelum ni aku guna planner yang aku dapat free dari www.teachingmama.org tapi aku mendapati planner tu boleh ditambah baik ikut keperluan aku.


Maka terciptalah Weekly Preschool Planner versi Hana ini. Berbanding planner teachingmama.org, aku tambah Hafazan dalam planner sebab aku rasa Hafazan tu perlu memandangkan kita ni orang Islam. Motor skills, sensory play dengan craft aku satukan sebab aku rasa semua tu berkait rapat. Kalau buat craft contohnya, sudah pasti ia akan melibatkan motor skills dan sensory jugak betul tak? Language pulak, tak semestinya English sahaja. Korang boleh buat untuk Bahasa Melayu, Mandarin or Bahasa Arab. Ikut koranglah nak ajar anak korang apa. Jangan ajar bahasa wechat sudahlah.

Penting ke planner ni? Bagi aku penting buat planner ni sebab aku boleh keep track apa yang aku dah ajar, apa yang perlu diajar, dan apa aktiviti yang kurang dan perlu diberi tumpuan pada masa hadapan.

Lagi satu, sepanjang aku berkecimpung dalam aktiviti jalan2 kat blog omputih yang homeschool anak2 dorang, aku mendapati omputih akan buat Language hari2. Math or Science tu tak buat hari2 pun takpe. Maybe sebab bahasa tu penting sebab kalau tak paham bahasa, macam mana nak jawab soalan kalau soalan pun tak boleh nak baca ye dak?

Lain2 subjek ikut suka korang lah ye nak buat hari-hari ke tak.

Aku buat dua versi. Satu Upin Ipin, satu lagi BoBoiBoy.

Kalau berkenan di hati, boleh lah tekan button di bawah untuk download ye. You are welcome wkwkwkwk!







2 comments

  1. Saya pun suka planner, rasa terurus je kerja-kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul and boleh jugak kita buat rujukan nanti untuk tengok mana yang kurang and mana yang perlu lebihkan :)

      Delete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!