Homeschool Day 12 - Find the Match!

Salam,
Sorry lama tak update sebab busy. Homeschool berjalan je hari-hari macam biasa cuma benda yang lebih kurang sama je so aku tak update la wkwkw! Tapi IG stories aku selalu je update, benda senang kan. Snap je gambar, tulis skit, post. Settle. Blog ni aku nak kena edit dulu gambar, letak watermark, pastu menaip lagi panjang-panjang. Kan ambik masa tu.

So, hari ni aku nak kenalkan sight words AT pada Hana. Reading pulak, aku guna cerita On the Mat. Pastu buat aktiviti find and match huruf kecil pada huruf besar.



Kelas dimulakan dengan lagu Fat Cat Mat dari Badamu


Lirik dia bagus, ajar "at" banyak-banyak so senang la Hana nak ingat :)


Lepas bersuka ria menyanyi dan menari, Hana kena baca buku On The Mat. Aku print and stapler sendiri jadikan buku. Aku ambil di website https://thisreadingmama.com/

Pastu aku saja je nak bagi dia rileks so main game find the match. Dalam game tu, Hana kena cari anak owl (huruf kecik) and lekat pada mak owl (huruf besar).



Huruf-huruf tu random, pilih dari dalam kotak.



Ni bila dah selesai...



Since Hana kurang cekap lagi menulis abjad, so aku bagi dia praktis lah. Selain dari bagi dia praktis tulis huruf a kecik, aku jugak kaitkan dengan phonics a dalam Fat Cat Mat.


Untuk bagi Lisa tak ganggu Hana, aku bagi dia aktiviti sendiri jugak la. Boleh la bertahan sekejap sementara Hana nak siap kerja dia hahahah!


Masa untuk Matematik! Aku suruh Hana pilih 1 pencil dari dalam bekas, lepas tu dia kena tulis nombor apa yang dia dapat atas worksheet dan kemudian warnakan bilangan kotak sebelah gambar pensil tu.


Memula aku suruh dia warnakan kotak tapi aku mendapati Hana memang kureng minat warna-warna ni so aku tukar jadi lekat sticker. So kalau dia draw nombor, dapat nombor 8, dia kena tulis nombor 8 atas worksheet and lekat 8 ketul stickers on it.



So ni rupa paras worksheet tu lepas siap.

Worksheet ni aku dapat dari website https://thekindergartenconnection.com/


For process art/craft, aku bagi water colour pada Hana and Lisa beserta cotton buds untuk dorang guna mengecat atas kertas lukisan. Aku guna cotton buds sebab senang nak buang lepas guna. Lagipun cotton buds boleh serap cat lebih banyak dari berus biasa. 


Ya, Lisa memang sangat berbakat sampaikan peluh dia pun peluh cat. Bukan biasher biasher.


Lepas settle, kita jemur kat balkoni. Kelihatan baju Lisa pun dah bertukar wajah sebab by the time kelas habis, baju dia pun habis terkorban penuh cat. 

Sekian laporan untuk hari ini. Kita kembali ke Seri Pentas.







No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!