Homeschool Day 10 - Lompat si Katak Lompat

Selamat hari Isnin.

Bagi yang dah pernah baca blog ni, aku dah pernah ajar Hana mengenai cycle kehidupan seekor rama-rama. Boleh baca kat sini bagi yang tak pernah baca lagi:


Minggu ni, aku nak ajar dia mengenai life cycle seekor katak. 

Kelas dimulakan dengan lagu 5 Little Speckled Frog dari Mothergoose Club Play House. Kelihatan dua susuk manusia tertancap di depan laptop sambil salah sorang tu galas beg. Aku dah tanya dah kenapa galas beg. Dia cakap sebab dia nak pegi Disneyland. Ye, memang Disneyland tu depan rumah pak hang pun. Habis kelas satgi kita pegi k -.-


Habis lagu, aku bagitau lah yang hari tu kami akan belajar mengenai katak and segala-galanya berkaitan katak. Benda pertama yang dia kena buat adalah, match katak yang betul.


Aku sentiasa start aktiviti dengan yang mudah dulu, pastu baru yang susah sikit and finally baru buat aktiviti yang kurang menggunakan otak. Hehe



Lepas tu buat revision skit pasal phonics. Aku tengok omputih yang homeschool anak-anak dorang, subjek sains diorang ada skip hari lagi tapi Language, memang hari-hari diorang buat. Maybe sebab nak bagi tak lupa kot. 

Worksheet phonics tu aku dapat di www.daycareworksheets.com




Lepas phonics, aku bagi worksheet matematik kat Hana. Dia kena kira katak and tulis nombor di ruangan jawapan. Worksheet ni aku ambil di www.fuelthebrain.com


Next, aku bagi diorang tengok video kat youtube mengenai life cycle katak. Ada banyak video so korang boleh pilih je mana anak korang suka and tak membosankan. Macam yang ni, boleh tengok Lisa pun teringin nak ambik tau padahal takde kaitan dengan hidup dia pun buat masa sekarang LOL!

Sambil tengok video, aku pause-pause jugak la untuk cerita kat dia supaya dia lebih faham.



Lepas habis tengok video, aku bagi worksheet yang dia kena gunting and tampal pada carta. Memandangkan dia dah pernah buat yang butterfly, so yang ni tak banyak masalah lah.



Last but not least, puzzle. Seeloknya bagi gambar contoh kat dorang supaya dorang boleh agak rupa paras puzzle tu bila dah siap. Takde la diorang clueless. Nampak je macam mudah, ada 4 keping je tapi percayalah, 4 keping ni pun jenuh dia pikir pusing sana pusing sini baru lah siap.

Puzzle ni aku tak ingat aku ambik kat mana tapi apa yang korang boleh buat adalah print je mana-mana gambar katak kat google pictures tu pastu gunting je jadi 4 bahagian. Settle

Aku actually nak ajar Hana lukis katak plak pastu tapi masa ni aku tengok dia macam dah penat sangat dah. Terlalu banyak info yang dia kena hadam so aktiviti ditamatkan.

Sekian.







No comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!