Bertambah lagi barang kecantikan aku ..oh God..

Setelah sekian lama berhibernasi di rumah, tak nak keluar berjalan2 di shopping complex untuk mengelakkan diri dari berbelanja benda yang tak perlu, hari ni aku terpaksa jugak keluar sebab aku kena beli stock untuk customer aku. 

Dan seperti yang ku jangka terjadi.... sebab setiap kali aku pergi drugstore, mesti aku akan beli macam-macam untuk diri aku jugak.

So tadi aku TERBELI benda-benda ni:




Hair Color Chalk, 6 colours

Dah lama dah nak beli tapi tak beli-beli tapi tadi dah terbeli. Sesuai sangat la untuk orang yang takut nak kaler rambut dengan warna-warna yang berani terutamanya nanti nak balik kampung mengadap mak mertua kan. Hahahaha. So time period (sebab tak perlu mandi junub and wuduk) boleh la melaram sakan 2 minggu. Kaler boleh remove dengan air je, meaning bila syampu rambut time mandi, kaler pun hilang...


Cure Miel Golden PoroPoro Rose Gel, 120g.

Fungsi dia sejibik macam Babyfoot and Ashiura Ran Run yang aku jual di www.stufffromjepun.com cuma ni dalam bentuk gel/lotion so lepas apply kat tapak kaki yang berkematu, nanti kulit kaki akan mengelupas dan digantikan dengan tapak kaki yang baru dan lembut macam baby. Cuma yang bestnye dia ni berbanding Babyfoot and Ashiura Ran Run, lotion ni 120g and boleh guna berkali2 lah selepas beli. Kalau beli Babyfoot, boleh apply sekali je sebab dia datang dalam bentuk stokin plastik.

Sadly, buat masa sekarang, aku belum jual lagi di www.stufffromjepun.com sebab aku pun tak tahu lagi tahap keberkesanan dia. Kalau ok, baru aku jual.

Smooth Remover Cream, 120g

Sebelum ni aku dah pernah try jenama yang sama ni tapi dalam 2 bentuk berbeza. Bentuk wax and bentuk kertas pasir. Both are okay and they work fine but kali ni aku nak try dalam bentuk cream pulak.

Smooth Away dalam bentuk kertas pasir yang aku jual di www.stufffromjepun.com 




Last but not least, aku beli White Wash Face Brightener yang didatangkan dalam bentuk mousse... yeah, spray atas muka mousse tu and lepas cuci muka, taraaa! lebih cerah dari sebelumnya.. 

Semua2 ni aku kena cuba try test dulu and kalau okay baru aku akan war2kan satu dunia okay!



2 comments

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!