Perginya Tokcik, Azizi Haji Abdullah.






Kalau sesiapa yang baca Twitter aku, mesti korang tau aku ada umumkan pemergian Allahyarham Azizi Haji Abdullah... He was my tokcik.. adik atuk aku. Satu-satunya dalam keluarga mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik berbanding adik beradiknya yang lain memandangkan allahyarham merupakan anak bongsu Nek Lah aku.


Aku tak pernah tahu tokcik aku ni merupakan seorang penulis sampailah waktu aku darjah 3. Aku terjumpa novel yang ditulis allahyarham atas rumah nenek aku, Seorang Tua Di Kaki Gunung. (Sedih citenye :( Must read!)


Setiap kali raya, tak pernah sekalipun Tokcik aku tak datang ke rumah atuk aku untuk tengok abangnye. Tanya bendang macam mana, kuat lagi tak buat rumah, pastu borak2 pasal adik beradik diorang yang lain. Dulu selalu dia tanya aku pasal study aku... Aku plak selalu tengok tokcik macam orang luar sebab tokcik memang tak macam orang kampung... macam reporter lak tanya macam2. LOL! 


Bila dah form 3, aku join kelab sayembara. Abis bengkel penulisan, pernah dapat novel sayembara yang di dalamnya turut mengandungi cerpen tokcik aku. Bangga giler. Bangga setiap kali nampak namanya di mana2 dalam media cetak. Secara tak langsung, membuatkan aku lebih cintakan bidang penulisan. 


Yang anehnya, sepanjang hayat tokcik, aku sekali pun tak pernah tanya tokcik pasal benda2 ni. Sekali pun tak pernah. Aku buat seolah2 aku tak tahu apa kerjanya.. apa kelebihannya.. Ego mungkin... cuba untuk tidak terlalu memuja seseorang mungkin...


And pagi ni bila aku tau news ni dari mama, aku rasa macam blur... aku sering baca blog tokcik.. aku selalu nampak tokcik tulis dalam Harakah... aku ada banyak cara untuk kontek tokcik tapi aku tak pernah buat. Aku cuma mengikuti perkembangan tokcik dari jauh. Tapi sekarang tokcik dah takde :( Dah takde lagi cerpen, novel, atau artikel dari tokcik :( 


Sedihnye....


Alhamdulillah, pemergian tokcik akan diiringi doa dari orang2 yang baik-baik belaka. InsyaAllah... Al-Fatihah...

7 comments

  1. takziah.teringat cerpen tulisan Allahyarham, Beruk. Sampai sekarang cerpen tu dipakai kat institut perguruan dalam silibus matapelajaran bakal2 cikgu

    ReplyDelete
  2. beruk tu dh mati la...cikgu sunan n alias mungkin hidup lagi

    ReplyDelete
  3. Takziah...saya baca seorang tua di kaki gunung (sampai sekarang masih ingat watak Tukya & Besah)...saya baru berazam mahu mencari & baca balik buku ni, tak sangka penulisnya lebih disayangi olehNya.

    ReplyDelete
  4. weh..anum...seorang tua dikaki gunung tu faves aku gak...citer tukya...masa sekolah tingkatan 2 ker 3 camtu...hehehehehe...>>bad73tomato

    ReplyDelete
  5. tak sangka ya. dulu saya suka baca blog arwah Azizi Haji Abdullah. karya dia lebih agung dari baha zain. buku luka rakyat yang ditulis beliau sangat mendalam. semoga allah merahmati beliau. amin..

    ReplyDelete

Rajin-rajinkan diri anda untuk meninggalkan komen ye!